Permohonan Kemasukan

Print

Bagi memohon kemasukan ke IKM Kuching Sila layari

 http:apponline.mara.gov.my/upimonline untuk permohonan dan keterangan lanjut.

http://upu.mohe.gov.my/

 

Syarat Kemasukkan

 

Syarat AM

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah bertaraf Bumiputera
  • Calon mestilah berumur antara 17 hingga 40 tahun
  • Calon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
  • Berbadan sihat dan tidak cacat anggota

 

Syarat Kelayakan Kemasukan bagi Program :-


KURSUS YANG DITAWARKAN KELAYAKAN MINIMUM
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MARITIM (L)  

LULUS SPM ATAU SETARA DENGAN SEKURANG-KURANGNYA:-

LULUS BAHASA MELAYU, SATU KEPUJIAN DALAM MANA-MANA SUBJEK,

LULUS MATEMATIK/ MATEMATIK TAMBAHAN   

SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DOM & IND
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (L)
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA) (L)
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN (L)

LULUS SPM ATAU SETARA DENGAN

LULUS SUBJEK BAHASA MELAYU

SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN (L)
KURSUS MODULAR 3 BULAN BAGI PROGRAM
  • BUILT-IN KITCHEN CABINET
MINAT DAN UPAYA
  • ALUMINIUM FURNITURE
  • TILING AND PLASTERING
  • CONCRETE ORNAMENTAL
  • INTERNAL WATER SUPPLY SYSTEM

  • EXTERNAL WATER SUPPLY SYSTEM

*  (L) Ditawarkan untuk lelaki sahaja.

Soalan Lazim

Soalan : Saya ada memohon kemasukan ke IKM tetapi permohonan saya ditolak. Sedangkan keputusan saya dikategorikan memuaskan dan bersesuaian dengan kursus yang diminta?
Semua permohonan melalui HQ dipilih melalui ranking kelayakan. Jika ada kekosongan kuota, pemohon boleh membuat rayuan. Untuk permohonan melalui pendaftaran terbuka, sistem ranking tidak digunapakai.

Soalan : Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk pendaftaran?
Yuran yang dikenakan semasa pendaftaran adalah sebanyak RM 520.00

Soalan : Adakah elaun diberi kepada pelajar?
Setiap pelajar akan diberi elaun sebanyak RM 210.00 bagi program SIJIL manakala RM 265.00 bagi program DIPLOMA sepanjang tempoh pengajian.

Soalan : Berapa kali permohonan IKM dibuat?
Permohonan dibuat sebanyak 2 kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai. Permohonan boleh dibuat secara online. Borang - borang boleh dibeli di pusat MARA yang berhampiran melalui iklan di suratkhabar. 

Soalan : Bagaimana mendapatkan Sijil IKM jika hilang?
Sijil boleh diperolehi semula dengan membayar RM 50.00 kepada IKM berkenaan

Soalan : Adakah asrama disediakan?
Ya, Sepanjang tempoh pengajian di IKM pelajar akan disediakan tempat penginapan ( Tidak termasuk Latihan Industri )
 
Soalan : Adakah pelajar dikehendaki membayar yuran setiap bulan?
Yuran pengajian adalah percuma 

Borang Pendaftaran

 

1) Sila muat turun borang berikut :

 

 

2) Dokumen Tambahan :

 

 

   

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman

Thursday the 31st.